Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 13)

14 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mei 2025, seorang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-13 adalah memotong kain pesak dan kain susun.

Dalam kelas ini, peserta belajar bagaimana untuk meletakkan basi pada pola baju kurung pesak, cara menyusun pola pada fabrik kosong fabrik bercorak, fabrik bati atau sutera dan pada fabrik bidang 60”. Di akhir kelas hari ini, perserta menonton video yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali